headline photo

Sunday, December 9, 2007

.:Untuk Pengetahuan Bersama:.

Alhamdulillah, segala urusan pembelian tiket penerbangan Emirates ke Malaysia siap akhirnya. Bukan utk aku, tapi utk rakan aku Fahida yg menuntut di wilayah Volgograd, lebih kurang 800km ke selatan Moscow. Dia harus pulang ke Malaysia bulan hadapan untuk memperbaharui pasportnya kerana untuk berada di Rusia, pasport haruslah sah sekurang-kurangnya 5 bulan. Ringkas sahaja entri kali ini. Apa yg ingin aku kongsikan di sini adalah tentang routes penerbangan yg agak menarik utk pulang ke Malaysia yg ditawarkan oleh agensi penerbangan (Alamin Travel). Apa yg aku rasa agak teruja adalah kerana pelajar-pelajar Moscow juga boleh menggunakan khidmat Malaysia Airlines utk pulang ke Malaysia. Syaratnya, MAS hanya boleh digunakan pada 2nd route sebaik selepas transit di tiga lapangan terbang yg disarankan oleh agensi. Dan syarat yg satu lagi adalah route pertama mestilah menggunakan Aeroflot utk ke destinasi transit. Routes yg dimaksudkan adalah seperti berikut:
(1) Moscow-Hong Kong (Aeroflot); Hong Kong-Kuala Lumpur (MAS)
(2) Moscow-Dubai (Aeroflot); Dubai-Kuala Lumpur (MAS)
(3) Moscow-Frankfurt (Aeroflot); Franfurt-Kuala Lumpur (MAS)

Bagaimana pula dengan harga? Sekiranya dibeli utk winter break, harga yg ditawarkan adalah 28 ribu roubles (matawang Rusia dengan kadar RM1=7.3 roubles). Bagaimanapun, utk summer break, mungkin harga tersebut boleh menginjak sedikit melebihi 30 ribu. Namun, bagi sesiapa yg kempunan untuk menggunakan khidmat MAS yg sememangnya diperakui kualitinya, apa salahnya berbelanja lebih sedikit.Hahaha. Seakan menjadi promoter MAS pula. Aku pun memasang hajat utk menggunakan routes ketiga (via Frankfurt). Sekurang-kurangnya, bolehlah juga melawat Jerman secara tidak langsung sekiranya kita inginkan selang waktu transit utk beberapa hari. Lantaran itu, harus mula mengumpulkan wang utk tiket tersebut bermula dari sekarang. :)

4 comments:

amnah my. said...

salam judin..

amboi.. banyak sungguh perancangan masa depan dia.. awal2 lagi dah plan nak beli tiket balik mesia.. bagus jugak.. takut abis plak nanti..

nak promote..
swiss-singapore, transit kat zurich.. dengar cite harga starting from 21 rub.. ntah ye ntah tak sazzad tuh..

Hafizuddin Awang said...

aah, btol apa yg sazzad bgtau kak amnah tu. tp flight tu just sampai singapore je la. pastu tanya dia cmna nak pi kl? boleh dia cadangkn suruh naik train atau bas dr singapore pi kl...senang je dia ckp..hahah.

fattnieniey said...

cam best je judin!
nih yg sayang sazad nih!hehe

Julia R said...

moscow-zurich-KLia dah cuba? tp akan tamat operasi by jan 2008.

tp transit di Zurich memang berbaloiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails