Pagi-pagi lagi sudah ada peristiwa yg memang sukar aku nak lupakan. Bukan kisah sedih, tapi kisah yang agak melucukan tapi agak menakutkan.
Selepas bersiap dalam jam 10pg, aku dan Shahrin berjalan menuju ke arah Dekanat MMA utk menghadiri sesi kelas bahasa Rusia. Sedang asyik berjalan di bahu jalan sebelah belakang рынок (pasar), kami menghampiri sebuah kereta yang sedang berada di bahu jalan tersebut.
Selangkah menghampiri kereta tersebut, tiba-tiba keluar seekor binatang yang dinamakan anjing. Hahaha. Cuba teka apa reaksi anjing tersebut bila terserempak dengan kami? Lucu betul bila melihat anjing tersebut sedikit terlompat bila bertembung kami, dan kami pun apa lagi turut terlompat sama. Hahaha.Berdiri kami sepi di hadapan anjing tersebut. Saling memandang antara satu sama lain.
Selang beberapa saat, anjing tersebut mula menyalak tanpa henti seakan-akan sedang berleter kerana membuatkan dia terkejut. Lama betul salakannya (leterannya). Kebiasaan kalau kami bertembung dengan anjing, kami awal-awal lagi akan melarikan diri menjauhi haiwan haram tu. Namun kali ini kami tak dapat nak berbuat apa-apa kerana anjing tersebut berdiri tepat di hadapan laluan kami. Mahu tidak mahu, kami terpaksa tunggu sehingga anjing tersebut membawa diri agar kami dapat meneruskan perjalanan. Lama juga rasanya kami berdiri di situ dan terpaksa mendengar salakan garang seekor anjing. Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya kami kalau-kalau anjing tu menerkam dan menggigit kami. Bukannya kami tak mampu nak lawan, cuma faham-faham lah haiwan tu kan haram. Malaslah nak samak-samak kasut dan seluar ketika musim sejuk ni. Leceh sedikit. Dengan takdir Allah, si anjing tu menjadi letih barangkali kerana asyik sangat menyalakkan kami dan seterusnya membawa diri. Hahaha.Padan muka kau anjing!
Maka selamatlah diri kami untuk hari ini. :p
Slot Gacor Daftar Langsung Maxwin
6 days ago
9 comments:
anjing tu comel wei...dia xbersalah pn...ahaks
hoho. rajin lak update blog. 2 hari berturut-turut. update la sementara masa masih ada ni..hehe
tow2 lak anjing tu marah kat hang...faham bahasa anjing ek? ekeke
aku penah gak kena sakat ngan anjing mcm tu.siap nak lari ke arah aku lg.nak cabut x leh sbb atas pulau kecik.nasib baik la tuan dia marah.
farhan: haha, mmg gabra kan bila jumpa anjing kan? mcm hilang akal jap utk beberapa saat...hahaha..nasib baik ada tuan kan, kalo xde tuan tu xtau la jadi mcm mana... :)
anon: paham2 la kalo dah mimik muka anjing tu cam ngeri gile. sape la tak takut..haha..
bono: comel2 pun, haram juga hukumnya tsentuh binatang tu...malas la aku nak samak2 ni...so baik jauhkan diri je.
ahaha.. kalau jumpak anjeng.. member aku kata jgn lari.. nanti ada hormon lam badan kita byk dirembeskan yg akan buat anjeng tu lagi berani nk buat power depan kita.. ahaha.. apa punya theory la..
sejak bile bono ske anjing ni?
hormon pe? adrenalin eh? fight or flight respons daos?
samak kulit binatang.
huhu
comel weih ajing. sian anjing.
bak kate andy klo nak pijak taik anjing ke nak pijak mlayu. bek pijak mlayu tuh. hoho.
hehe..best citer ni..teringat lak kes sorang kwn aku kt cni..pg2 nk pegi kelas..ntah apa tarikan kwn aku 2 aku pn xtau sampai anjing yang diam tiba2 kejar dier..sampailah orang rusia yang lalu kat c2 tolong halaukan..xpasal2 member aku 2 xpg kelas ari 2..sibuk samak seluar dgn salji..huhu..kesian~!
Post a Comment