Disember datang lagi. Bulan yang penuh dengan bebanan fizikal dan mental. Apa taknya, sepanjang bulan ini, hampir setiap minggu ada colloquium (terma utk peperiksaan di Rusia). Lihat saja pd subjek Pharmacology; barangkali mungkin ada 2 colloq yang bakal kami hadapi. Satu colloq utk topik CNS-acting drugs sudahpun aku selesaikan, satu lagi utk Hormones mungkin diadakan di pertengahan atau akhir bulan ini. Itu baru satu subjek. Masih ada pathophysiology, pathoanatomy, general surgery, propaedeutics, dan yang paling penting utk semester ini-Microbiology. Peperiksaan akhir (экзамен in Russian) bagi semester ini cuma utk Microbiology sahaja. Bagi subjek lain hanya sekadar utk mendapatkan зачёт (zachot) (terma utk end-of-term credits).
Rancangan pra-peperiksaan Microb ini simple sahaja; pastikan 6 buku teori habis dibaca mengikut jadual. MCQ test utk microb dijadualkan pada 26 disember ini. Jadi, masa sangat penting sekarang ini. Tiada lagi waktu senggang utk bersantai sambil menonton filem2 yang dimuat turun. Bak kata Fertini dalam "A dare to say" (blog dia), masa itu sangat berharga; begitu terikat dgn jadual pembelajaran sehingga dia merasakan yg dia sudah menjadi agak nerdy. Fertini2. Apa yang perlu lakukan sekarang adalah merangka satu jadual sebagai panduan utk mengulangkaji mengikut prioriti, seterusnya mengikuti jadual tersebut tanpa sebarang penundaan. Selesai utk pra-.
Rancangan utk pasca-peperiksaan sudahpun aku siapkan sejak sekian lama lagi. Agak pelik kerana pasca-peperiksaan lebih diberikan keutamaan. Bukan apa, rancangan yang dimaksudkan adalah melancong ketika cuti musim sejuk. Itu yang membuatkan aku overexcited hingga hampir mengabaikan pre-exam planning. Kalau musim sejuk 2006 aku ke Cairo dan Alexandria, kali ini aku akan ke kota London dan Edinburgh pula. Kali ini bukan sekadar melancong, tetapi utk melawat kawan-kawan aku yg sedang melanjutkan pelajaran di kedua-dua kota tersebut. Apa yang menjadi x-factor utk aku pergi ke sana adalah kerana mereka mempelawa aku utk menginap di rumah mereka. Aku pun apa lagi, gembira tak terkatalah sebab penginapan di sana dikira percuma! hahahah. Kawan-kawan yang aku maksudkan adalah Amirul Habibullah yang sekarang ini sedang menuntut di University College of London (lawyer-to-be), Afiq (genomist-to-be) dan Azuan (actuarist-to-be) yang kini menuntut di Edinburgh. Tiket ke sana sudahpun aku beli. Kali ini, Aeroflot (syarikat penerbangan nasional bagi Rusia) menjadi pilihan kerana ada harga promosi baru-baru ini. Aku tidak pergi berseorangan, namun bersama-sama 3 lagi teman serumah; Shahrin, Asyiq dan Andy. Wah, tak sabar rasanya menunggu 16 Januari utk pergi ke sana.
Walau apa perancangan yang dibuat sekalipun, andai tidak konsisten mengotakannya, pasti tiada hasil. Aku harap 6 buah buku Microb tersebut boleh aku khatamkan mengikut jadual yang sudah ditetapkan, dan aku juga barharap agar aku dan rakan2 yg lain berjaya mendapat 5/5 utk peperiksaan kali ini. InsyaAllah. Akhir kalam, buat rakan2 yg sedang membaca blog ini, semoga berjaya aku ucapkan samada utk pelajaran mahupun pekerjaan yang kalian sedang lakukan.
Slot Gacor Daftar Langsung Maxwin
6 days ago
4 comments:
hey judin.wah.trima kasih krn mentioning my name here.terharu skjp.
hehe.
anyways,btol tu judin.skrg ni masa sngt penting. i'm not good with schedules as i'm not that much of a plan follower tapi kite kene cuba.
berusahalah!
btol tu. rancangan utk pasca exam dah rancang awal2. excited tul. hehe. rancang la tul2, biar percutian ke london tu berbaloi =)
salam judin..
akak (erk.. akak ke.. tak yahla..) lama dah usha blog kamu ni tapi macam idle je.. baru kali ni ada entry baru.. busy ye.. biasalah tu.. 3rd year.. tahun yg tough..
all the best for the upcoming zachot.. if u get avto in microbe it will be credit for u..
fatini: sama-sama. Mau tak mau, kita lepas ni kene blaja guna masa elok2la nampaknya ye.hahah.
shahrin:ye, seminggu b4 pi london, baru kita rancang ye. takde masa la nak rancang skrg.bz memanjang.
kak amnah: agak sibukla kalo dtg musim colloq. tp kalo minggu takde exam, saje la plak membusy kan diri. heheh. anyway, trima kasih 4 the wish.mintak2 takde halangan dlm usaha mengutip2 zachot nanti.
Post a Comment