headline photo

Tuesday, August 18, 2009

Warnawarta XI

Elective Posting 2009 II

Khamis lepas merupakan hari terakhir posting 4 minggu aku di HKK. 2 minggu di O&G dan 2 minggu di Surgical Department. Hasilnya sangatlah memuaskan kerana dapat memahirkan lagi kemahiran praktikal dan cara kerja mengikut orientasi hospital Malaysia.

Di O&G, aku berpeluang untuk mengikuti perkembangan seorang pesakit yang mempunyai kandungan bermasalah anencephaly. Secara bahasa mudahnya, bayi yang bakal dilahirkan akan tiada tempurung kepala. Otak bayi tersebut dapat dilihat dengan mata kasar kerana hanya dilitupi oleh selaput nipis sahaja. Dan otak pula masih dalam peringkat rudimentari lagi, yakni masih belum sempurna pembentukannya. Dan kerana itu, bayi anencephaly tidak akan hidup lama, hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja kerana ketiadaan fungsi otak yang sempurna.

Di bawah ini aku sertakan imej ultrasound kandungan bermasalah ini. Biasanya kepala bayi anencephaly akan mempunyai imej seakan kepala katak, dengan matanya akan terbonjol keluar. Silalah google untuk melihat imej bayi seperti ini setelah dilahirkan.




Di surgical department, rutin aku adalah rondaan bersama doktor, clerking pesakit, sesi OGDS dan colonoscopy, dan yang paling seronok adalah mengikuti sesi pembedahan. Majoriti kes pembedahan adalah kerana inguinal hernia (uluran kalau melayunya), lantas dilakukan hernioplasty. Juga terdapat ritual circumcision (khatan) dan banyak lagi. Yang paling berbaloi bagi aku adalah dapat belajar teknik berkhatan, kerana di Moscow nanti rasanya tidak diajarkan kemahiran ini.


Polemik H1N1

Tapi praktikal tahun ini rimaslah sedikit. Sebab dikerah untuk pakai mask setelah beberapa pesakit di unit Medical positif h1n1. Doktor aku pesan, janganlah mempolemikkan sangat isu h1n1 ini. Polemik sebegini akan membuatkan orang ramai jadi cemas dan huru-hara. Lagipun, sudah ramai juga pesakit yang positif h1n1 berjaya dirawat dengan antiviral khas (tamiflu kan?). Dan setelah sembuh, mereka akan mempunyai antibodi semulajadi yang sudah terbentuk setelah terkena jangkitan h1n1 kali pertama. Pesakit yang meninggal dunia pula bukanlah disebabkan oleh h1n1 semata-mata, namun kerana pada mereka terdapat comorbidities (penyakit2 serius lain yang turut terdapat pada pesakit). Oleh itu, usahlah cemas sangat. Tapi saranan kerajaan seperti pemakaian mask dan penjagaan kebersihan diri harus diamalkan ye. hehe.


Hairan juga aku bagaimana kerajaan Rusia mampu mengawal penularan h1n1 dengan sangat efektif. Amat mengagumkan kerana dengan kapasiti negara yang segergasi itu, masih lagi tiada kes kematian akibat h1n1 dilaporkan.

2 comments:

HBM Consultant said...

Salam.

Wah, maklumat yang sangat menarik tentang bayi dalam kandungan. Juga maklumat yang menarik tentang polemik H1N1. Benar, Rusia berjaya menangani masalah H1N1 dengan baik. Mengapa? Kerana sikap rakyatnya selari dengan kepimpinan pemimpin. Di Tanah Melayu ini lain pula kisahnya. Apabila kerajaan kata 'jangan panik dan wabak masih terkawal' maka rakyat mula ambil mudah dan sambil lewa. Itulah punca wabak sukar dibedung. Sikap kita, masalah besar untuk kita juga!

Hafizuddin Awang said...

kalau di era tun dr M, beliau berusaha dgn sangat2 mengubah mentaliti kita ke tahap pemikiran kelas satu, lantas mengubah sikap kita juga ke kelas satu. sayang, beliau sudah tiada kuasa skrg. kita cuma boleh bharap pd krajaan yg ada sekaranglah utk meneruskan kesinambungan agenda tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails