headline photo

Saturday, May 2, 2009

Darmawisata VII

Kremlin, Moscow

Bersempena dengan cycle akademik yang agak lengang sedikit pada bulan ini, maka kami beramai2 sempat untuk melakukan sesi cuti2 Moscow. Destinasi yang dituju kali ini tidak lain dan tidak bukan ; Kremlin yang letaknya betul-betul di tengah kota Moscow.

Kremlin, atau mengikut aksara Cyrillic Кремль (sebutan Kreml), bermaksud kubu ataupun istana. Secara kontekstual, Kremlin lebih merujuk kepada mana-mana kompleks pertahanan gergasi yang dijumpai di mana-mana kota utama Rusia. Lantaran itu, Kremlin bukan sahaja terdapat di Moscow, malahan ada juga di Kazan, Nizhny Novgorod, Suzdal, Vladimir dan banyak lagi. Antara kesemua Kremlin, hanya Kremlin di Kazan sahaja yang menempatkan masjid yang terbesar di Rusia yakni masjid Qolşärif. Elemen binaan masjid ini persis elemen binaan St Basil's Cathedral.

Gambaran keseluruhan Kremlin Moscow.

Kremlin Moscow terletak di pusat ibukota Rusia dengan menghadap sungai Moscow di selatan, St. Basil's Cathedral dan Red Square di timur dan Aleksandrovski Sad (Taman Alexander) di barat. Kompleks ini mempunyai 4 istana, 4 gereja utama dan dilingkungi oleh Tembok besar Kremlin yang dilengkapi dengan beberapa menara. Sejarah membuktikan bahawa tapak tersebut sudah terbina dengan struktur seakan kubu seawal kurun kedua sebelum masihi lagi. Dan selepas berkali2 bertukar tsar dan tampuk pemerintahan, tapak ini semakin rancak dibangunkan sehingga menjadi rupa Kremlin pada hari ini. Dan pada era kini, Kremlin menjadi pusat pemerintahan Rusia sama seperti Putrajaya. Kalau hendak diceritakan sejarahnya, teramatlah panjang. Boleh jadi saga sejarah pula nanti. Yang menariknya di Kremlin, terdapat loceng dan meriam yang terbesar di dunia. Ya, memang betul-betul besar!

Kami bukan sahaja masuk untuk melawat kawasan sekitar Kremlin, malahan kami juga turut melawat The Armory Chamber yang menempatkan segala harta karun dan perbendaharaan yang terkumpul sejak zaman tsar-tsar lagi. Antaranya adalah emas hiasan, berlian hiasan, gaun dan pakaian rasmi tsar dan tsarina, kereta kuda yang indah bertatahkan emas dan batuan hiasan, alatan2 perang dan banyak lagi. Kalau habis segala harta dalam bilik ini digadai memang cukup duit untuk hidup tanpa kerja kot. Hehehe jangan mimpilah, kawalannya maha ketat.

Kepada yang belum melawat ke sana terutama senior2 6th year, silalah melawat dengan segera. Nantikan kempunan pula bila anda semua sudah pulang ke Malaysia. hehe. Tiket masuk ke Kremlin cuma 100 ruble, manakala tiket masuk ke Armory Chamber pula 200 ruble. Dan kalau mahu menggunakan khidmat tour guide seperti yang kami guna, bayarannya adalah 100 ruble bagi setiap pelawat dan mestilah seramai 15 orang untuk satu kumpulan nanungan seorang guide. Berikut aku sertakan video sekitar lawatan kami ke sana.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails