Sesiapa yang telah melalui tahun ketiga mereka di MMA, mesti anda telah mengikuti subjek General Surgery. Dan semestinya juga anda telah mempelajari bab preparation of hands for operation (scrubbing-lah). Antara teknik scrubbing yang diajari di Rusia adalah Spasokukotski-Kochergin's method, Pervomur (C-4), Chlorhexidine (0.5% alcohol solution), AHD solution dan Eurosept. Tapi yang paling catchy bagi aku adalah Spasokukotski-Kochergin's method (walaupun sudah uncommon nowadays). Teknik S-K ini melibatkan pembersihan tangan dengan menggunakan 0.5% ammonium. Agak kompleks dan primitif cara ini. Maka, tidak perlulah saya kongsi di sini. hehe.
Waktu aku menjalani sesi praktikal di Hospital Kuala Krai tahun lepas, doktor bertanyakan soalan "cepu cemas" kepadaku tentang cara-cara untuk scrubbing sebelum mengendalikan pembedahan. Maka, aku terangkanlah tentang teknik-teknik yang dipelajari di Rusia, termasuklah teknik S-K itu. Haha, seperti yang dijangka, beliau langsung tidak pernah dengar berkenaan teknik tersebut. Lantaran itu, beliau pun mengajarkan aku teknik yang betul untuk scrubbing mengikut orientasi doktor2 Malaysia. Jadi, kepada sesiapa yang ingin melakukan praktikal di Malaysia summer ini, tontonlah video scrubbing di bawah yang aku rakam ketika doktor aku mendemonstrasikan cara yang betul untuk scrubbing tangan. Harap-harapnya video ini dapat membantu anda serba sedikit dalam memahirkan diri untuk scrubbing.

Jangan terlampau was-was dan over pula ketika membersihkan tangan anda sehinggakan anda terpaksa membasuh tangan berkali-kali kerana khuatir tangan masih belum bersih sepenuhnya. Kalau over sangat basuhannya, jadi obsessive-compulsive disorder pula. hehe.
3 comments:
Thanks Jude for sharing.
sesama ks. :)
fuh, sgt sterile la tgn die..huhu~
good2, that's a real doc should do.. :)
Post a Comment