Berkenaan PPSMI
Malam tadi keluar berita berkenaan PPSMI di tv3. Katanya PPSMI ini merupakan satu dasar yang tergesa-gesa dikuatkuasakan. Jarang sungguh untuk tv3 menyiarkan berita-berita yang condong ke arah kritikan terhadap PPSMI. Biasanya tv3 akan memperkecil-kecilkan usaha-usaha yang digembleng oleh pendokong gerakan anti-PPSMI sebelum ini. Hmmm, barangkali kerana tv3 baru sahaja ditempelak oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa, Dr. Hassan Ahmad 2 hari lepas. Merasalah kamu tv3 kena lempang dengan orang kuat DBP. haha! Berikut disiarkan sidang media Dr. Hassan Ahmad yang turut memberikan nasihat yang berharga buat tv3.
iPhone 3G
2 hari lepas dapat anak baru. iPhone 3G 16Gb berwarna putih. Maklumlah, orang-orang Malaysia di Moscow sekarang seakan melancarkan kempen membeli iPhone. Ramai sungguh yang membeli benda ini. 5 daripada 8 orang rumah pun turut membeli iPhone. Bukan apa, kami semua mengambil kesempatan terhadap pengukuhan nilai ringgit Malaysia terhadap Russian Roubles. Baru-baru ini nilai 1 RM sama dengan 10 Roubles. Waktu aku beli iPhone tersebut, nilai 1 RM bersamaan dengan 9.5 Roubles (waahh makin kuat pula ye Roubles).
Sekiranya nilai iPhone di Malaysia berharga 3 ribu lebih seperti yang diwar-warkan oleh kawan2ku, maka dengan nilai RM yang kukuh tersebut kami mampu mendapatkan iPhone dengan harga hampir seribu RM lebih murah! Menjimatkan sungguh. Lagipun, iPhone mampu berfungsi sebagai PDA atau Pocket PC juga. Jadi, segala perisian rujukan perubatan dan kamus elektronik Russian-English-Russian boleh diisikan ke dalamnya. Sememangnya maha berguna untuk kami di sini.
Perihal Cycle 1
Cycle 1 terisi dengan Neurology, Obstetrics, Dermatology dan Radiology. Neurology kali ini tidaklah begitu menakutkan dan membosankan berbanding dengan semester lepas kerana untuk seminggu yang lepas, ada doktor ganti yang baik hati mengajar kami. Harap2lah dia kekal mengajar kami sehingga ke akhir cycle. Dan harap2 juga Dr. Louisa yang tidak digemari ramai tu tidak mengajar kami untuk beberapa sesi kelas yang akan datang. Sungguh merimaskan dan tertekan kalau ditakdirkan belajar dengannya. hehe. Dermatology pula masih lagi kekal dengan doktor semester lepas, seorang yang baik hati dan tidak pernah marah kami pun andai terlewat ke kelas (bukan disengajakan!). Obstetrics? hmm kami ditukarkan ke hospital yang lain. Namanya Poddom 4 yang terletak di Vernadski Avenue (Проспект Вернадского), selang 3 stesen metro dari stesen metro Sportivnaya (stesen paling hampir dengan hostel aku). Walaupun agak jauh, tapi nasib baik doktor kami tu boleh mengajar dalam bahasa Inggeris. Kalau doktor yang di hospital yang terdahulu, 100% pengajaran dalam bahasa Rusia, menjadikan proses pemahaman sedikit terbantut. Alhamdulillah sedikit bebanan telah diringankan.

5 comments:
wah murah ye?? boleh lah beli kan sy satu iphone...hehe...:)
judin,nak hp tu jgk!! nk jgk!! hehe
classmate aku baru bli hp tu..oooi,cggh bebeno... sopistikated a saing2 aku nih.. xsgka ado saing cm tu.haha
dura,iphone kat sini murah sbb currency exchange rate punya pasal. tunggu russian rouble kuat balik, jadik mahal la mende alah ni.
rehe,kawan mung ini smemangnya sophisticated sejak dr mrsm lagi. tidak prasankah sejak dulu lagi? muehehhe bajet sunggoh!
perasan,perasan..!lau de gadget baru wujud dipasaran,mu la org ptama yg ade...waa xsngka,mu xbrubah dari dulu smpai skrg...(yek2,haha)
salam judin,
lama gile dok jgk blog mung.baca kat google reader je..
kat sini lagi murah.huhu.tp aku ttp tak mampu beli pun sbb bil bulan2 mahal sgt..lbh kurang 70 dol sebulan..kalo 20 bulan dah 1400 dol..convert ke RM dah 5000 lbh..blh wak minang anok org doh.baik la aku saving.
Post a Comment