headline photo

Saturday, November 8, 2008

Bukan Pagi Biasa

Ini bukan pagi yang biasa,
Tiada nyaman, tiada tenang,
Deru anginnya cukuplah tajam,
Hingga luntur nikmat berjalan.

Suria sugul di balik awan,
Mengintai peluang tipis,
Mengirim sinaran pada insan,
Cahaya yang tak seberapa,
Sekadar penerang tiada panasnya.

Embun pagi belum lagi pergi,
Meski hari kian meninggi,
Ironi,
Namun tidak bagi kami di sini,
Resahku berfikir,
Senggang mentari memeluk bumi,
Kian berakhir.

Dan salji putih pun turun merata,
Mengiringi rentakku pulang dari Rosalima,
Tebar fikirku dapat mengagak,
Musim sejuk bakal bertapak.


Ini sajak kontra terhadap sajak KS yang ini (klik). KS suka winter. Namun, aku sebaliknya. Kenapa? Kerana sejuk, berangin, lecak dan perlu berpakaian agak tebal. Bukanlah benci, namun kurang gemar. Tapi, bila fikir balik, bila lagi hendak merasa pengalaman hidup sebegini, melainkan ketika berada di Moscow kini. Bila dah tamat belajar nanti, pastinya rindu kembali suasana ketika musim sejuk. Selamat menyambut kedatangan winter ye wahai warga Moscow sekalian.

Oh, di kesempatan ini juga, aku mahu mempromosikan Sukan Komuniti 2008 (SUKOM), anjuran Kelab UMNO Moscow pada 23 November kelak. Untuk maklumat lanjut, sila ke link KUMOSC di atas sana. Buat warga Moscow, jangan lupa ye untuk menghadirkan diri kerana ada banyak aktiviti dan kejutan yang disediakan untuk anda semua.

*Happy belated birthday buat kawan aku cik Zalikha Raman yang menyambut hari jadinya yang ke 21 baru-baru ini. Semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya. :)



6 comments:

Anonymous said...

pandai judeng bersajak!
melankolik
hyperbola
metafora
paradoks
inversi
smua ada!!!!

Hafizuddin Awang said...

haisshhh...semua unsur tu xde pun dlm sajak tu. sajak aku tu kosong je. takde unsur2 sastera skolah dulu2. ingat astro ka macam2 ada.

.:dura:. said...

sekurang-kurangnya hanya lecak...
klu kene redah banjir, mmg wajib x suka la...;)
skrang beberapa buah negeri di malaysia dah nak msk musim banjir...
malapetaka yang sering berlaku setiap kali hujung tahun menjelma...

Hafizuddin Awang said...

uuuuhhh pedih ulu hatiku sekejap. hehehehe.

Anonymous said...

aku xkisah klu banjir kt msia.
tp klu banjir kt jakarta?



h.o.r.r.o.r

Hafizuddin Awang said...

tu baru banjir, kalo tsunami cam dulu, tak tau la apa akan jadi. mintak2 dijauhkanlah ye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails