Dubai
Dubai merupakan salah satu daripada 7 emirates (negeri) yang terdapat dalam negara Emiriah Arab Bersatu. Dan lapangan terbang antarabangsanya menjadi hub utama kepada syarikat penerbangan Emirates. Maka, peluang untuk melawat sekitar Dubai sewaktu waktu transit Emirates di sana sememangnya tidak patut dilepaskan.
Kami bertiga (aku, Shahrin dan Fadzil) menetap di Ramada Dubai Hotel, yang letaknya di precinct Bur Dubai. Maha selesa dari segi kualiti bilik mahupun lokasi hotel tersebut. Betul-betul berhadapan hotel kami terdapat shopping mall yang turut memayungi KFC, McDonalds dan pelbagai lagi premis untuk menjamu selera.
Kemudahan pengangkutan dalam bandaraya Dubai belum siap sepenuhnya. Metro Dubai laluan pertama dijangka dibuka seawal September ini. Maka, mobiliti kami di sana 100% bergantung pada perkhidmatan teksi. Bas pun ada hehehe. Teksi di sana sangatlah mewah. Memang kalah teruklah Malaysia. Rata-rata, Toyota Camry dijadikan teksi di sana. Tambang pun berpatutan.
Tempat pertama yang kami lawati adalah Souq Naif. Sungguh, memang murah nian kain-kain sutera di sana. 4 meter sutera berharga 100 dirham, lebih kurang 100 ringgit kita. Kalau sutera untuk lace lagilah murah, dalam 30-40 ringgit untuk 4 meter. Abaya (jubah) untuk perempuan mahupun lelaki pun banyak terdapat di sana. Namun, rekaan yang lebih happening pastilah abaya wanita. hehe. Selesai memborong, kami ke Dubai Mall pula.
Dubai Mall merupakan kompleks membeli-belah yang terbesar di dunia dan memuatkan lebih kurang 1200 kedai. Memang letih untuk melawati keseluruhan kompleks Dubai Mall. Dan di dalamnya juga turut menempatkan akuarium gergasi yang memuatkan pelbagai jenis hidupan akuatik termasuklah ikan jerung dan ikan pari yang amat besar saiznya. Dubai Mall ini persis Suria KLCC. Jikalau Suria KLCC disambungkan dengan Menara Berkembar Petronas, Dubai Mall pula disambungkan dengan Menara Burj Dubai. Dengan ketinggian melebihi 800 meter, struktur ini dengan senang hatinya merampas rekod dunia dari Taipei 101 di Taiwan untuk menjadi bangunan tertinggi di dunia. Kami berada di sekitar Burj Dubai pada waktu tengahari. Dengan sinaran mentari yang sangat intensif, beserta suhu yang sangat panas, memang sukar sekali untuk melihat puncak Burj Dubai dengan mata kasar.
Kemudian, kami ke Jumeirah Public Beach untuk melihat keindahan hotel 7 bintang, Burj Al-Arab Hotel. Untuk masuk ke hotel (termasuklah lama hotel tersebut), kita terlebih dahulu perlu mempunyai jemputan dari pihak hotel. Sekiranya tiada jemputan, jangan mimpilah nak melepasi pagar hadapan hotel tersebut. Tengok dari Jumeirah Beach pun cukuplah. Ramailah juga manusia-manusia yang berjemur di pantai tersebut.
Setelah kami berasa cukup rangup dimasak mentari, kami pun bertolak ke Dubai Creek. Di sana, kami berkesempatan untuk menaiki bot kecil yang membawa kita ke seberang yang satu lagi. Tambang sehala 1 dirham cuma. Seronoklah juga naik bot kerana dapatlah menghilangkan rasa panas badan dek simbahan haba matahari.
Selesai berbiduk sakan, kami pulang ke hotel. Waktu malamnya, kami bersiar2 sahaja di sekitar Bur Dubai district. Esoknya, kami bertolak pulang ke Malaysia.
Sabah
Selang seminggu tiba di Malaysia, aku dan rakan2 serumah di Moscow pergi ke Sabah pula. Kami menetap di Imperial Boutec Hotel, betul-betul di belakang Centre Point, berhadapan dengan Waterfront. Cemerlang dari aspek servis dan lokasi.
Sepanjang di sana, Atiqah sekeluarga banyak menghulurkan bantuan. Kami turut ke daerah Atiqah yakni di Kota Belud. Di sana, kami berkesempatan ke Kampung Siasai untuk merasai pengalaman menunggang kuda Bajau. Juga kami turut berkunjung ke tempat penghasilan parang Bajau yang cukup halus seni ukirannya.
Dari Kota Belud, kami terus ke Kundasang. Sayang, pada hari tersebut kabus sangat tebal. Maka, gunung Kinabalu ghaib dari pandangan mata kami. hehe. Di sana, kami menetap di Kinabalu Pine Resort. Resort yang letaknya di kaki gunung ini sememangnya cukup selesa dan nyaman.
Kami turut berkunjung ke Kinabalu Park. Dan pada hari tersebut, gunung Kinabalu masih lagi dilitupi kabus. Terlepas lagi peluang untuk melihat gunung Kinabalu. Untuk menghilangkan duka lara tersebut, kami bertolak ke Kolam Air Panas Poring. Kami mandi air panas, jungle trekking dan berjalan di canopy walk yang cukup menggerunkan. Kami juga turut ke Ranau untuk bermandi-manda bersama sekumpulan besar ikan kelah. Geli sungguh bila badan bergesel dengan ikan-ikan tersebut.
Setelah 2 hari di Kundasang, kami pulang semula ke Kota Kinabalu. Kami menyewa sebuh bot untuk melawat Taman Negara Tunku Abdul Rahman yang terdiri dari beberapa buah pulau. Namun, kami cuma melawat 3 pulau, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Di setiap pulau tersebut, kami ber-snorkeling. Ya Allah, sememangnya indah sungguh karangan laut yang dihiasi dengan pelbagai hidupan akuatik. Memang berbaloi sungguh aktiviti tersebut. Untuk menghabiskan sisa2 waktu di Kota Kinabalu, kami berkunjung ke One Borneo Hypermall, yang diuar-uarkan sebagai mall terbesar di Sabah. Juga kami berkunjung ke Pasar Kraftangan (Pasar Filipino) untuk membeli cenderahati.
Haaa...maka siaplah sudah laporan pelancongan kali ini demi menampal hiatus yang cukup besar pada blog ini. hehehe.
2 comments:
Salam, Encik Hafizuddin.
Wah, pengalaman di Dubai sangat mengujakan! Insyaallah, jika diizinkanNya dengan limpahan rezeki dan kelapangan waktu, ingin juga saya ke sana (pastinya dengan matlamat membeli-belah! hehehee)...
Apa pun, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri... Betul, kan?
Salam Cik Marniyati,
Sesungguhnya hujan batu di tempat kita jauh lebih baik. Iklim mereka sangatlah panas. Kos kehidupan mereka pula amatlah tinggi. Kita patut bersyukur Malaysia tiada semuia itu.
Post a Comment