International Women's Day
Esok ada sambutan Women's Day di kedutaan Malaysia, Moscow. Havoc lah juga program2 yang dirancang untuk majlis esok ini. Ada pertandingan nasyid, amazing race (ada detours dan road blocks kah?? hehe), pertandingan mengarang sajak dan pertandingan busana muslimah. Huuuihh bersungguh betul adik2 dan akak2 yang nak masuk pertandingan nasyid ni berlatih setiap hari. Ada yang sampai hafal lirik lagu nasyid time lecture radiology lagi tu. Komited sungguh akak yang seorang ini! Baguslah kalau sebegitu. Sekurang-kurangnya meriah dan berbaloilah juga majlis anjuran PPIM Moscow ini. Bukannya akan menjadi majlis remeh-temeh yang sekadar untuk mengisi kalendar aktiviti sahaja. Dan apa yang seronok tentang hari wanita adalah kerana hari tersebut diwarta sebagai hari cuti umum. Yess tiada kelas! Boleh rehat-rehat dan menyiapkan case report. bersungguh!
PPSMI Lagi
Siang tadi berlangsung perarakan besar-besaran untuk menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Yang Dipertuan Agong di Kuala Lumpur. Gegak gempita sungguh segenap Kuala Lumpur tadi berhiaskan gas pemedih mata dari polis dan teriakan rakyat yang inginkan perubahan dalam dasar pendidikan negara. Sampaikan sasterawan negara kita yang sudah lanjut usia itu pun turut menjadi mangsa gas pemedih mata. Kasihan kasihan! Inikah harga yang perlu dibayar bagi mereka2 yang ingin menegur pihak2 tertentu yang melakukan kesilapan dengan mengimplementasikan dasar PPSMI? Walhal sudah terang lagi bersuluh yang dasar tersebut sememangnya gagal dan wajar dirombak dan dikaji semula. Namun, sekurang-kurangnya perarakan tadi sudah mendapat respon daripada YAB Perdana Menteri kita yang menyarankan agar isu PPSMI ini dapat diselesaikan dengan segera agar tidak akan mendatangkan masalah yang lebih besar pada hari muka.
Lensa Baru
Hehe, part ketiga ini memang mengada2. Sebabnya aku baru sahaja mendapatkan lensa 50mm yang aku idam2kan tu. Tak tahulah aku apa nama jenisnya. Maaflah, aku ni bukannya tahu sangat bab camera's jargons ni. Yang aku tahu adalah snap gambar, dan bergembira dengan hasil snapping aku tu tak kiralah cantik atau tidak. Simple saja kan? hehe.

2 comments:
Fuyoo.. 50mm tue... bape hage?
iwe, aku beli yg paling murah ajoo. tp mahal sket la dr msia. nk tunggu beli kat msia lambat la plak. so layan je la beli kat sini.hehe.
Post a Comment