headline photo

Saturday, December 6, 2008

Warnawarta



Lost & Found


2 hari lepas sebaik sahaja pulang dari kelas Clinical Surgery gambar kanan tu menunjukkan aktiviti usha2 surgery via gallery window, aku dapati yang ear muff aku sudah hilang. Sedihnya bukan kepalang kerana ear muff ini sudahpun hidup bersama2 dengan aku sejak tahun pertama aku di Rusia lagi. Bersama2 dengan aku mengharungi musim sejuk setiap tahun. Dan kalau hilang sekalipun, aku bukan kisah sangat pasal keperluan untuk membeli ear muff yang baru, namun kerana ear muff ini memang susah sekali untuk dijumpai di Moscow. Waktu first year dahulu pun, aku secara kebetulan terjumpa benda ini di Sportland, Mega Tyopli Stan. Kemudian, tahun kedua dan ketiga, ada beberapa orang yang mahu beli benda alah ini juga. Jadi aku suruh mereka cari di Mega, namun sememangnya benda ini sudahpun tidak dijual lagi. Meranalah telinga mereka sepanjang winter.kekekeke. Sebenarnya, boleh saja pakai snowcap tapi aku tak beberapa gemar pakai. Sayang rambut konon2nya. hehehe.

Oh, berbalik kepada kisah kehilangan tadi. Bila sahaja aku tahu yang ear muff aku sudah hilang, terus aku geledah barang2 aku di serata bilik dan rumah. Memang tak jumpa. Berkabung aku untuk 2 hari lepas.hehe. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. serius weh! Setelah menghampiri batasan untuk berputus asa, aku pun berdoalah moga-moga tuhan ketemukan ear muff aku kembali. Ye la, pada siapa lagi nak mengharap kalau bukan pada tuhan. Dan alhamdulillah, doa dimakbulkan. Jumpa juga ear muff kesayangan aku tu. Rupa-rupanya, benda itu dengan comelnya tergayut2 di kerusi tempat duduk aku dalam kelas Clinical Surgery. Cess, buang karan sungguh aku bersedih untuk 2 hari. Tak sangka, di sini rupanya engkau bersemayam dengan aman.

Oh, ada perkara yang melucukan pasal ear muff ini. Sewaktu benda ini menghilangkan diri, aku tulislah di status YM yang "ear muff aku hilang setelah 3 tahun bersama". Ada beberapa hamba Allah yang beri respons yang bersifat mengambil berat, namun pada aku sangat lah melucukan. hehe. Ada yang berkata, "erm takpelah, makhluk tu dah supermutated lah tu dan menghilangkan diri". Ada juga yang kata, " Setiap yang hidup tu pasti akan mati". Dan yang paling bestnya, "Siapa ear muff tu Judin?" hahahah! tak baiklah gelak! Wahai rakan-rakan ku sekalian, di bawah ini merupakan gambar ear muff yang sebenar. Ear muff adalah aksesori yang dipakai ketika musim sejuk untuk menghangatkan telinga, dan bukannya sejenis spesis haiwan. haha.


Meet my dear ear muff. Meow-meow! katanya.


Pada Cintanya

Seperti yang anda sedia maklum aku yakin anda sememangnya tidak sedia maklum, dan mungkin tidak berminat pun untuk mendapat makluman ini heheh Siti telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu tema buat drama SpaQ musim kedua yang bakal ke udara pada 15 Disember ini di TV3. Lagu yang berjudul Pada Cintanya ini merupakan hasil ciptaan komposer Audi Mok dan lirik oleh Rina Khan.


Pada Cintanya - Siti Nurhaliza

Tayangan Perdana Di Bilik Study

Hehe saja tolong Rafeeq promote. Buat muslimin2 di Spartiv, silalah bertandang ke bilik 111 sebelah rumah aku je untuk mengikuti tayangan filem yang best kata Rafeeq Tajuknya aku tak tahu. Sama-samalah kita menghadirkan diri untuk mengetahui filem menarik sempena kehadiran Aidiladha tak lama lagi. Waktu tayangan bermula jam 8 malam pada hari Sabtu, 6 Disember.eh hari ini rupanya! Dan kepada mana-mana pihak yang sudi untuk menjamu makanan kepada rakan2nya adalah amat dialu2kan. Terima kasih.


Pilihan Halal Terbaru

Kalau ada antara anda yang berkunjung ke Kapitol Mall (Ashan City), dan ingin menjamu selera, usahlah ke McDonalds yang begitu tipikal tu. Sebaliknya, lencongkan selera anda untuk merasa hidangan2 Lebanon di Livan House. Halal dan harganya pun berpatutan. Say goodbye to fillet-o-fish and kartofel fri. hehehe.


Yang bertudung dalam kedai tu adalah taukenya.pandai2 je!



4 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

livan house? wow. hehehe. kalau pergi situ tak penah nak naik atas. dh beli barang terus je balik. huhu. thanks for the info. yg pasal di study room tu, knp tak tau pun? knp takde promosi besar2an ye?

Hafizuddin Awang said...

ks, majlis tu nanti utk org laki je. org pompuan xbleh dtg. hehehe. so, promotion tu underground je. chori chori, chupke chupke gamaknya.

Anonymous said...

hey judin.aku pun x tau psl kt bilik stadi tu.ish2.mu x beritau...jom gi embesi besok naik teksi berempat!

Hafizuddin Awang said...

bende tu ad hoc je. 5-6org je yg dtg. tp takpe, citer mmg best. hehe. bbaloi pi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails