(2) Open reduction and K-wire of close fracture of right 4th & 5th metacarpal head
(3) Spoon plate tibia & screw of close fracture of lower third of right tibia
(4) Left BKA (below knee amputation) untuk diabetic patient (sekali lagi dapat tengok BKA).
Dengan gaya yang amatur, aku cuba sedaya upaya untuk membantu doktor menjayakan pembedahan nombor 2.
Ketika ini, suturing sedang dilakukan setelah K-wiring selesai dilakukan.
Wee pula memilih operation keempat, yakni left BKA. Sedih dan menangis tak henti2 pesakit ini ketika aku jumpanya di wad kerana dia tidak mahu kehilangan kaki kirinya. Kerisauannya adalah berkaitan dengan mobilitinya pasca pembedahan kelak. Pujuk seorang nurse, boleh saja guna kaki palsu. Dengan kaki palsu, pesakit masih boleh berjalan seperti orang biasa. Cuma memerlukan masa sedikit untuk menyesuaikan diri dengan kaki palsu tersebut. Agak lucu sedikit setiap kali BKA dilakukan. Sampai sahaja ketika doktor ingin memotong tulang (tibia atau fibula) dengan alat pemotong khas, kesemua nurse2 dan doktor bius lari menjauhkan diri dari kawasan pembedahan kerana takut terkena tempias darah dan juga serbuk2 tulang. Kasihan Wee kerana terpaksa menahan percikan sedikit darah dan serbuk2 tulang kesan daripada proses pemotongan tersebut.
Setelah selesai kesemua operation dan pulang ke klinik pakar ortho, kami hadiahkan satu set matroshka (kerana aku dan Fareez dari Rusia, manakala Wee pula dari Ukraine yang mana kedua2 negara cukup terkenal dengan matroshka) kepada doktor pakar tersebut kerana kesudian beliau untuk mengajar kami sepanjang kami berada di sini. Sememangnya banyak sungguh ilmu baru yang kami perolehi sepanjang berada di sini dan berharap agar segala ilmu ini dapat membantu kami dalam proses pembelajaran kami yang akan datang. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada beliau. Semoga tahun depan kami berpeluang sekali lagi untuk mendapatkan tunjuk ajar dari beliau. InsyaAllah.
6 comments:
salam
huih, dlm OT pn bley amik gamba lagi. mmg xbley blah (dgn nada jeles)
salam,
eh apa itu matroshka??
wslm dudu, matroshka adalah satu set patung kayu yang berlainan saiz, yang mana patung yang lebih kecil boleh dimasukkan ke dalam patung yg lebih besar. utk mengenali matroshka dengan lebih lanjut, sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Matryoshka_doll
salam judin. ks sgt jeles n kagum dgn praktikal kamu di HKK. penuh dgn ilmu! knp hosp temerloh tak mcm tu :( hmm... takutnya nak grad ni.... :(
wslm ks, itu pun nasib baik sbb dpt pakar yg baik hati. kalau dpt yg tegas dan garang, konfemnya tak dapat buat semua benda2 tu. haha. btw, btol ke KS ni? biasanya KS mesti guna ID blogger KS yg tersendiri. hmmm...
hep hep. it was me. sengaja tak sign in ;)
Post a Comment