headline photo

Thursday, July 3, 2008

.:Penerbangan Yang Bermutu:.

Tahun ini aku memilih Singapore International Airlines (SIA) untuk pulang ke Malaysia. Untuk 2 tahun sebelum ini, aku memilih Qatar Airways. Bosan sudah dengan sesi berjalan2 ke Doha, kita pergi pula ke tempat lain seperti Singapura. Penerbangan Moscow ke Singapura bukanlah route yang khas. Maksud aku, Moscow hanyalah berfungsi sebagai sebagai lokasi persinggahan SIA bagi route Houston, USA ke Singapura. Oleh kerana Houston ke Singapura merupakan route yang sangat jauh, maka pesawat yang digunakan adalah jenis Boeing 777 siri yang terbaru. Sangat besar dan masih baru lagi kondisi kelengkapan dalam kapal terbang. Jelas kelihatan hamparan karpet yang masih bersih dan paten kain balutan kerusi penumpang yang masih lagi baru dan menyerlah warnanya. Dengan skrin tv peribadi yang lebih besar dari saiz skrin MAS 747 yang pernah aku naiki sebelum ini, menjadikan penerbangan aku kali ini lebih selesa dari penerbangan sebelum ini. Servis yang diberikan oleh petugas2 pesawat sangat memuaskan. Maka tidak hairanlah SIA dianugerahkan penerbangan bertaraf 5 bintang oleh Skytraxx seangkatan dengan MAS, Qatar Airways, Asiana Airlines dan Kingfisher Airlines.

Perjalanan dari Moscow ke Singapura mengambil masa lebih kurang 7 jam lebih rasanya. Kami tiba ke Singapura melalui Terminal 3 Changi Airport, terminal yang sahaja dibuka. Maha moden sungguh terminal tersebut. Hamparan permaidani eksklusif di sepanjang aerobridge menampakkan laluan tersebut seolah2 laluan VIP. Kemudian aku, Shahrin dan Fadzil ke terminal 2 untuk menyertai Free Bus Tour sekitar Singapura. Free Bus Tour ini disediakan bagi para penumpang yang mempunyai durasi transit di Changi Airport melebihi 5 jam. Durasi transit kami adalah 6 jam. Maka kami dibenarkan untuk menyertai tour tersebut. Kami bertolak dengan bas pelancong dan menuju ke pusat bandar.


Gambar Singapore Flyer yang aku ambil ketika mengikuti city bus tour. Jalanraya sekitar struktur tersebut pula sedang dipersiapkan untuk digunakan sebagai litar pelumbaan F1 nanti.

Sepanjang perjalanan melalui kawasan pelabuhan Singapura, aku dapat lihat betapa sibuk dan penuhnya pelabuhan tersebut dengan kapal2 dagang yang berlabuh di situ. Mengikut tour guide, setiap 3 minit, pasti ada kapal dagang yg akan berlabuh. Aku juga berpeluang untuk melihat betapa besarnya struktur Singapore Flyer yang baru sahaja dibuka. Singapore Flyer merupakan observation wheel yang paling besar di dunia. Dalam pusat bandar pula, aku dapat lihat betapa bersihnya kota tersebut dari sebarang sampah sarap. Manakan tidak kotor, kota ini seakan authoritarian city kerana hampir di setiap kawasan ada CCTV. Sesiapa yang membuang sampah di merata tempat bakal disaman. Kompaunnya sangat mahal. Maka, janganlah membuat kotor di Singapura.

Selesai tour, kami dibawa pulang semula ke terminal 2 Changi Airport. Kebetulan penerbangan kami dari Singapura ke Kuala Lumpur juga adalah menerusi terminal tersebut. Sebelum kami menaiki pesawat, aku dan Shahrin membeli digicam baru kerana digicam lamaku telah menjadi arwah dek kerana boat ride di Amsterdam. Jenama pilihan kali ini adalah Pansonic Lumix model yang terbaru. Kelas sungguh kamera tersebut. Ada sistem Artificial Intelligence lagi.haha. Setelah itu, kami menaiki pesawat ke Kuala Lumpur, juga pesawat Boeing 777.

Setibanya di KLIA, aku terpaksa pula menunggu selama 4 jam untuk penerbangan seterusnya ke Kota Bharu. Huh, lama sungguh masa yang diambil untuk pulang ke rumah. Nasib baiklah tiada penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Krai.haha. Setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, aku disambut oleh keluargaku. Waahh gembira sungguh dapat jumpa family. Siapa yang tak sayang keluarga.hehe.

Sepanjang 3 hari pertama duduk di rumah, tiada apa2 yang boleh aku lakukan. Keseorangan sahaja di rumah bila mak ngan ayah keluar kerja. Pertengahan bulan ini, sesi praktikal aku akan bermula. Tak tahulah samada aku perlu berasa gembira atau tidak. Mungkin gembira kerana dapat merasa pengalaman belajar di hospital Malaysia, ataupun mungkin takut kerana manalah tahu kalau2 aku dapat doktor yang agak tidak mesra.hehe. Apa2pun,aku perlu buat yang terbaik agar orang tak pandang rendah pada pelajar2 Rusia. OKlah, jumpa lagi di lain waktu.

3 comments:

Farhan said...

tahniah jdin kerana selamat pulang.haha

aku plk lain citenye.tak ada peluang nak pilih2 flight.yg mana plg murah aku bedal.last2 dpt cathay.route pun tak best sgt2.cuma transit kejap je.tak pyh tunggu lama.kontranya, aku x leh gi jln2 sbb takut tlepas flight.tp naik cathay terasa mcm naik kapal laut.sesak + bising.

apapun, selamat berpraktikal.aku kat rumah ni dah naik bosan.rasa tak sabar nak blk uni n smbg belajar.

Hafizuddin Awang said...

tahniah juga buat ko farhan sbb slmt sampai. lama giler nak boleh reply komen ni. kebelakangan ni sibuk dengan praktikal di siang hari. dan malam hari pulak buat homework yg doktor kasi. isk cam skolah rendah la plak. okla tu naik cathay. transit hong kong plak tu. mesti la syok kan? :)

Anonymous said...

singapore airlines?? wow! berapa harga nya?? macam mahal je... kala tanya kat travel agensi al amin ni mahu mencecah lebih 30 000 ruble. mana nak dpt murah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails