Setelah sebulan lebih winter break berlarutan, akhirnya tiba juga ke titik akhir. Huh, sedih sebab dah terbiasa sangat berehat dan tidak ke kelas. Namun, kelmarin merupakan kelas pertama kami utk semester ini. Subjek pertama; pathophysiology. Kejutan besar menunggu kami di kelas. Pensyarah kami untuk semester lepas ialah Prof. Pirashkov; seorang yg baik, tidak menekan pelajar untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan, dan amat berhemah cara penyampaian beliau. Namun, sedang kami menunggu pensyarah untuk masuk ke dalam kelas, muncul Prof. Terzikof (seorang yg tegas, speedy mengajar, dan agak menekan pelajar untuk mencari jawapan - figura yg antonim barangkali dengan Prof. Pirashkov) membuka daun pintu. Alamak! Tidak bersedianya kami secara fizikal dan mental untuk menerima beliau. Namun apakan daya, kuasa di tangan beliau. Kami akur dan memulakan rentak belajar bersama beliau. Layan je! Cuma satu semester sahaja bersama beliau. Yang penting, pastikan poin kumulatif utk subjek ini mencukupi untuk menduduki kertas akhir subjek tersebut.
Melihat pada jadual baru bagi kumpulan aku untuk spring semester, 3 subjek kritikal (perlukan lebih perhatian berbanding subjek lain) yakni pharmacology, pathophysiology dan pathoanatomy (kalau di tempat lain, aku rasa belajar subjek pathology; kombinasi 2 cabang subjek di atas sahaja sudah memadai) berada pada hari2 akhir setiap minggu, Khamis dan Jumaat. Wah, senang hati kami. Haha. Dapatlah masa yg lebih sedikit berbanding kumpulan lain untuk membuat persediaan di kala minggu ujian bulanan.
Apa-apa pun, dengan munculnya semester baru ini, aku ingin melayarkan rentak pembelajaran baru. Harus belajar dengan lebih gigih dan membuat persediaan yg lebih awal kerana kertas akhir untuk semester ini berjumlah 5 kertas kesemuanya. Halangan yg cukup besar yg perlu kami lepasi sebelum dapat pulang bercuti ke Malaysia (bukan bercuti sangat pun kerana pada tahun ini kami perlu melakukan praktikal di hospital pilihan masing2).
Seperti biasa, ada saja bahan tambahan yg ingin aku selitkan pada entri kali ini (sila rujuk gambar di bawah). Barangkali bahan ini agak biasa (ataupun sudah bosan dengan isunya) bagi kami pelajar di Rusia, namun mungkin ianya satu benda baru bagi anda di tempat lain. Angkasawan kita; Dr. Sheikh Muzaffar Shukor menjadi bahan bualan di dada sebuah akhbar Rusia. Akhbar Komsomolskaya Pravda di bawah menyatakan bahawa Dr. Sheikh Muzaffar menjadi simbol seks (jangan salah tanggapan, harus baca dahulu isinya, dan kemudian baru boleh buat rumusan) bagi wanita2 Rusia. Antara klausa yg di petik dari beberapa orang wanita Rusia berbunyi, "Очень красивый малайзиец! Да, хранит это аллах". (Tafsiran aku secara kasar shj ya: A very handsome Malaysian guy! May god protects him.) Juga ada yg berkata, "Seorang lelaki yang sejati. Ada kelas!". Haha. Tidak aku sangka orang Malaysia menjadi kegilaan wanita2 Rusia. Bukan senang untuk dipuji, diminati dan dikagumi oleh wanita2 Rusia. Hanya orang-orang tertentu sahaja seperti angkasawan kita yang bertuah mendapat penghargaan mereka. Tahniah buat Dr. Sheikh. **Apa perkembangan terbaru beliau sekarang?
"Malaysian Cosmonaut - Sex Symbol For Russian Women"
6 comments:
lol
translate la satu paper tu judin
hoho...tak tercapai akalku la utk translate satu paper...kene khatam russian lang. sessions dulu baru bleh kot.haha.
hmm..perkembangan terbaru beliau...
To all friends and colleagues ,
I will be heading to Tawau , Sabah on the 9-10th Feb
Kota Tinggi on the 14th feb
Kepala Batas on the 15-17th Feb
To Russia from the 19-23 rd Feb
UPM night on the 24th Feb
Kindly check out Malaysia tatler Feb issue 08 .
A happy Chinese New Year to all those who celebrate them.
Wassalam
Dr Sheikh
yg ni la paling terbaru... emel yg saya copy... emel ni saya terima melalui yahoogroup dr.sheikh... beliau nak gi Rusia! nantikan kedatangannya...hik2
salam nisahaz.
wah very up-to-date sungguh kamu ni.terima kasih utk perkembangan tersebut.
salam
harap2 prof. Tezikov ganti utk kelas hari tu je...
tezikov ajar kita utk slama2nya..abesla!!!
Post a Comment