headline photo

Sunday, January 6, 2008

.:Meriba Minggu Pertama 2008:.

Minggu pertama untuk 2008 telah berlalu. Agak membosankan pada aku secara peribadi. Rutin harianku di waktu cuti ini agak sama hari demi hari berbeda dengan waktu yang penuh dengan sesi akademik. Namun apakan daya. Cuma tinggal lebih kurang 9 hari sahaja lagi untuk aku bertolak ke London bagi merealisasikan UK Trip aku. Pakaian sudah ku sediakan. Rambut sudah ku kemaskan. Tiket dan visa sudah ku siapkan. Tak sabar rasanya untuk pergi ke sana.

Baru-baru ini, aku berbual-bual di laman bual YM dengan rakanku yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Edinburgh. Katanya, tak sabar untuk dia bertemu dengan kami kerana di hostelnya, cuma dia seorang sahaja warga Malaysia. Dengan kehadiran kami, dapatlah meramaikan bilangan rakyat Malaysia seramai 3 orang katanya. Haha. Aku sebenarnya agak bersimpati dengan keadaannya sekarang. Bayangkanlah kalau cuma anda seorang sahaja rakyat Malaysia yang ditempatkan di hostel yang penuh dengan warga asing dari pelbagai negara. Bagaimanakah langkah pertama untuk saling mengenali antara satu sama lain sekiranya warga-warga asing tersebut saling hidup berpuak-puak sesama mereka sahaja. Alangkah janggalnya hidup aku andainya aku ditakdirkan nasib seperti rakan aku itu. Ceritanya lagi, di sana dia berkawan dengan seorang pelajar dari Perancis, seorang dari Nepal rasanya. Tiba saat mereka saling menyapa antara satu sama lain, masing-masing pasti sekadar berpura-pura faham dengan apa yang mereka dengar kerana mereka menggunakan dialek inggeris mereka yang tersendiri dan sukar untuk difahami antara mereka. Lucu pula rasanya bila mengetahui senario yang berlaku di sana. Apapun, setibanya kami di sana, dia mahu membawa kami berjalan-jalan sekitar kota Edinburgh. Bertindak sebagai tour guide fikirku. Ringanlah sedikit beban kami nanti kerana dapat melancong bersama-sama orang yang sudah mahir dengan selok-belok kota tersebut.

Bila melihatkan tarikh kepulanganku ke Moscow pada 28hb Januari, terasa sedikit sedih di hati. Hal ini kerana final AJL 2007 bakal diadakan pada 27hb Januari, yakni ketika aku masih lagi berada di kota London. Final AJL merupakan satu-satunya rancangan yang sememangnya tidak pernah aku ketinggalan untuk menontonnya. Sungguh. Sejak dari tahun 1996 lagi, iaitu tahun pertama Siti menyertai dan sekaligus menjuarai pertandingan tersebut. (wah, melalut pasal AJL pula :p). Namun, sedihku tidak lama kerana sahabatku Amirul di sana turut menyediakan kemudahan untuk aku melayari internet. Maka, bolehlah aku menonton rancangan ini melalui SyokTV (untuk ahli-ahli terpilih sahaja. Hahahah).

Baiklah, malamku sudah hampir rebah di kaki pagi. Sudah lewatlah maksud aku, hampir 4 pagi sekarang ini. Dengan suhu di luar tingkap mencecah -17 darjah Celcius, pastinya dingin sedikit suhu bilik aku ini kerana tingkap bilik dibuka sedikiiiiiiiit sahaja untuk memastikan pengudaraan yang lancar di dalam bilik. Nyenyak sedikit tidur aku malam ini di bawah selimut tebalku. Baiklah, sekian sahaja entri kali ini. Jumpa lagi. :)

6 comments:

shahrin salleh said...

salam
patut la ak dgr bunyi org menaip pagi2 buta tadi, rupa2nya tgh buat entri baru. ishk, buat bising kaco org tido je...haha

Hafizuddin Awang said...

ceh, kamu semua tido mati, kalau aku main mercun pun konpem kamu semua tak sedar..harharhar.

Sarah Mohd Shukor said...

salam judin.

tak sangka betul kamu tak penah miss. tp padan muka kamu tak dpt tgk yg kali ni. *ks gelak jahat* :p kamu tak jemu ke tak kuar ke mana2? please la jom kita gi skating kt mega ke ramai2, snow boarding ke. apa2 je la. asalkan outdoor. hehe.

фарина захари said...

eh mne ade bosan,sudah kn dikau lupa akan temu janji kita yg menyeronokkn di 202?ragam mu hari itu sungguh melucukn..tertawa daku melihat nya...
hahaha..

Hafizuddin Awang said...

waduh farina, gramatis nian bahasa kamu. terkesima aku membacanya.

Anonymous said...

serius mg xpernah miss AJL?dah lama aku ucap selamat tinggal kat AJL sejak duk Rusia ni..almaklumlah internet kat cni bknnyer unlimited..huhu..=(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails