headline photo

Wednesday, January 30, 2008

.:Rindu Kamu:.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. UK Trip aku terlaksana jua. 2 minggu lamanya. Berhari-hari juga rasanya untuk aku ceritakan pengalaman di sana. Tuntasnya, percutian kali ini amat menyeronokkan dan bermakna. Pertamanya kerana dapat bertemu rakan2 lama sekolah dahulu; Amirul dan Azuan, juga seniorku Afiq yang hampir 8 tahun tidak berjumpa. Keduanya kerana dapat melancong ke tempat-tempat baru yang belum pernah aku lawati.

Di kesempatan ini, ingin aku ucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat Amirul, Azuan dan Afiq kerana sudi memberi tempat untuk aku menumpang buat sementara waktu. TERIMA KASIH BANYAK2! :) Kalau ada rezeki, jemput2lah datang kamu bertiga ke kota Moscow ini. Jangan malu2.

Dalam entri kali ini juga aku selitkan beberapa keping gambar (sebahagian daripada 3.22GB jumlah kumulatif gambar2 yg diambil ketika berada di sana) sekadar untuk memberikan sekilas pandangan buat anda semua. Kalau ada masa, akan aku ceritakan segalanya pada entri yang lain. Sekian.


5 comments:

fattnieniey said...

wahhh...cantiknyee gmbar2..bkn muke ko la tapi..i meant the background:P

shahrin salleh said...

salam
ishk, xselitkan langsung gamba ak walaupun sekeping! haha

Hafizuddin Awang said...

takpe fer...dah puji gambar pun dah ok.menunjukkan angle gambar2 ku btol..haha...kpd shahrin, sila taruk kat blog sendiri...sape suruh privatekan.

Anonymous said...

cantik gbr2 tu...

Hafizuddin Awang said...

trima kasih nisahaz...tahniah sbb estranged yg kamu minat jadi juara lagu.hihi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails