headline photo

Friday, December 28, 2007

.:Cuti Kembali Lagi & Gempar Di Akhotny:.

Colloquium untuk subjek Propaedeutics telah pun berakhir petang tadi. Kesemua rakan2ku dari Group 8 berjaya meneliti dan merungkai setiap permasalahan yang diselitkan dalam paten ECG masing-masing, lantas berjaya mendapatkan credit (зачёт) terakhir dalam senarai зачётная книжка kami. Petang tadi Dr. Julia (tutor kami) bermood yang agak baik sehinggakan beliau sanggup untuk memberikan зачёт tanpa kami perlu melakukan practical tests. Lakukan saja pada semester hadapan katanya. Haaa laluan kami dipermudahkan. Syukur. Rentetan daripada berakhirnya ujian tadi, maka bermulalah hari-hari cutiku untuk winter break kali ini. Dari 28 Disember 2007 hingga 7 Februari 2008. Sebulan lebih; tempoh yang agak panjang untuk winter break.

Walaupun cuti sudah bermula, namun percutian sebenar aku yakni UK Trip bakal bermula pada 15 Januari, kira-kira 2 minggu dari sekarang. Mengikut entri sebelum ini, aku pernah menyatakan bahawa percutianku di sana selama 10 hari. Namun, setelah dirancang program perjalanan dengan sebaik mungkin, aku dapati tempoh 10 hari tersebut agak singkat, kerana selain London dan Edinburgh, kami (aku, Shahrin, Asyiq dan Andy) bercadang untuk menyenaraikan Cardiff sebagai satu lagi destinasi kami. Maka, kami telah pun ke pejabat Aeroflot pada minggu lepas dan melanjutkan tempoh kami kepada 2 minggu, yakni dari 15 Januari-28 Januari 2008. Moga-moga kami berjaya memanfaatkan 2 minggu tersebut dengan sebaik mungkin.

Namun, apa yang berlegar di pemikiran aku sekarang adalah apa yang boleh aku lakukan untuk menghabiskan senggang waktu selama 2 minggu sebelum aku bertolak ke London. Sesetengah orang ingin habiskan waktu dengan mengulangkaji subjek2 yang lepas dan yang bakal dipelajari dalam spring semester nanti; seperti Kak Amnah sebagai contoh.Sesetengah orang pula seperti Fatini penuh dengan aktiviti membeli-belah sempena winter sale serta movies-marathon. Ada pula sebahagian dari kami akan bertolak pulang ke Malaysia seawal Isnin ini. Namun, bagi kebanyakan orang termasuklah aku, rata-rata masih belum mengetahui apa yang boleh dilakukan sepanjang cuti ini. Masing-masing sekadar mengikut kehendak hati barangkali. Andai terlintas untuk melakukan perkara A pada hari ini, maka itulah yang bakal terlaksana pada hari ini. Namun pada aku, itu semua tidak mengapa. Apa salahnya jika kita hadiahkan badan kita cuti dan rehat yang secukupnya setelah berbulan-bulan sibuk menelaah pelajaran. Sekali-sekala mahu juga rehatkan badan. Mahu simpan tenaga secukupnya untuk menghadapi rutin harian pada semester hadapan. Haha.

Terlanjur aku menulis entri kali ini, aku ingin berkongsi cerita tentang letupan di pusat membeli-belah underground Akhotny Ryad (shopping mall yang terletak berdekatan dengan kompleks Anatomy Department kami) pada petang tadi. Menurut roommate aku yang pergi ke Akhotny Ryad petang tadi, dia berasa agak hairan kerana kesemua pintu-pintu masuk utama ke dalam mall tersebut dikawal polis dan para pengunjung tidak dibenarkan masuk. Maka pada malamnya, kami melewati laman web Russia Today untuk mengetahui sebab kenapa mall tersebut ditutup. Rupa-rupanya kerana satu letupan yang berlaku di salah satu tingkat mall tersebut. Hasil siasatan polis menunjukkan bahawa letupan tersebut mungkin hanya perlakuan hooliganism, namun mereka tidak menolak kemungkinan bahawa letupan ini merupakan aktiviti keganasan. Jadi pesan aku kepada rakan-rakan yang suka membeli-belah di sana agar sentiasa berhati-hati dan menjadi peka dengan keadaan sekitar kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bandaraya mega seperti Moscow ini. Untuk berita lanjut berkaitan letupan ini, silalah lawati http://www.russiatoday.ru/news/news/19091/video.

Akhir kalam, selamat bercuti dan selamat memanfaatkan masa lapang masing-masing dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan masa terbazir begitu sahaja ya. Juga selamat pulang ke Malaysia bagi mereka yang bakal pulang ke tanahair nanti. :)

5 comments:

Shazwani Adnan said...

Salam..

Hurm.. ha! ni nak cakap gak la ni.. kebetulan masa letupan tu jadi, aku ada kat dalam manish tu ngan Balqis. kuat gile bunyik die sampai lampu kat siling tu pon boleh tanggal. berdebu2! bile kitorg keluar je dr Pull&Bear, terus pak guard tu suruh semua kelua dr shopping complex tu. kitorg punye berdebar. tu yg aku excited nak tahu ape jadi kat Okhotny Ryad tu.. Pastu hg bg video. Thanks!

Sarah Mohd Shukor said...

fuh.. wanie menceritakn detik penuh debaran! so, hati2 ye semua.

Hafizuddin Awang said...

to wani: waaa bahayanya korg berada kat sana time letupan tu...mesti cuak sesungguh hati time letupan tu...kalau aku la, maunya dah mengucap banyak2 time tu..tp alhamdulillah, korg selamat. so lain kali, jgn pi sana. (heheh kalo tak pi sana, nak pi mana lagi?)
to KS: haa ks pun kene hati-hati gak..kan skrg ks pun in the mood of shopping gak kan.

shahrin salleh said...

salam
gunakanlah cuti tu sebaik2nya. jgn sia2kan ^^

amnah my. said...

salam judin,
tu perancangan je judin.. sampai sekarang pon tak start bukak buku lagi nih.. nampak gayanya kena start sekarang la yek..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails