Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan dimulai dengan takbir dan solat hari raya dan diikuti dengan jamuan untuk para tetamu yang hadir. Apa yang menariknya, majlis kali ini mendapat liputan dari RTM, TV3, BERNAMA dan kelompok media cetak nasional. Harap-harap segala rakaman yang dibuat tadi dipertontonkan untuk tatapan keluarga di Malaysia..haha.
Aku sendiri pun tak melepaskan peluang untuk menggunakan masa sepenuhnya dengan bergambar dengan rakan-rakan dan dif-dif kehormat. Kami (aku, Shahrin, Ili dan Murni) bersama-sama ke hulu ke hilir untuk mencari targeted people untuk bergambar bersama. Kalau tak kerana itu, masakan penuh koleksi kami berempat dalam folder raya kali ini. Kekeke! Apa yang amat dikesali, ada antara rakan2 aku pulang awal tanpa sempat menjamah makanan pun. Makanya, tak sempatlah kita nak bergambar bersama-sama ye. *please take note ye 202 girls.
Apa yang seronoknya tentang hari raya ni adalah berkenaan peragaan pakaian masing2 especially perempuan. Mereka pada hari ini tampil dengan rekaan yang agak vogue dan juga sopan pada masa yang sama. Pada pengamatan aku sendiri (jadi observer jap), kalau dalam kalangan third year la, aku rasa Murni, Dodod dan Wani 201 boleh dikatakan tampil dengan sangat bergaya. Dodod memperaga kebaya fabrik chiffon kaya dengan kerawang dan sulaman, manakala Murni pula menggayakan padanan fabrik jacob dan satin berwarna krim yang agak memikat mata yang memandang. Dan bagi Wani pula, aku suka tengok padanan warna pakaian sehinggakan kelibat dia saling tak tumpah macam Datuk Siti Nurhaliza sewaktu bergambar. Bagi kami pelajar lelaki biasalah baju Melayu la jawabnya. Haha!
Apapun, biarlah gambar2 di bawah menceritakan sendiri bagaimana meriahnya sambutan pada hari ini.
Group 8 members
Pengacara NONA turut hadir ke Moscow.
Angkasawan simpanan - Dr. Faiz
Sebahagian daripada kami.
4 comments:
Salam Judin the very vogue Judin!
EH, apa kes kamu tulis 12 januari plak tu? 12 oktober la judin :) Waa..sempat jd observer n pengkritik fesyen lg tu.
Apa2pun, selamat hari raya. Maafkn KS kalau ada salah silap ye.
selamat hari raya judin! Maafkan aku kalau aku ade buat salah ngan mu..
Selamat aktif berblog!
wahh, tahu habes name2 kain...
selalu pegi kamdar ehh...hehe...
salam, menumpang lalu...
damn!!mcm selebriti plk dr faiz
Post a Comment