headline photo

Saturday, October 9, 2010

Eurotrip 2011

Salam. Berdosa sungguh rasanya sebab lama sudah tak mengemaskinikan blog aku ini. Apa khabar anda semua? Selamat hari raya walaupun sudah sebulan berlalu. Maaf zahir dan batin. Harap-harap ucapan raya aku ini masih lagi relevan. hehe :)

Seperti biasalah, cuti musim sejuk bakal menjelma beberapa bulan lagi. Walaupun masih jauh, tapi aku sudahpun selesai membeli kesemua tiket-tiket penerbangan untuk sesi makan angin kali ini. Dikhabarkan, musim sejuk yang bakal melanda kota Moscow kali ini merupakan musim sejuk yang paling teruk dalam rekod 1000 tahun. YA 1000 TAHUN! Katanya, bakal mencecah sehingga -49 darjah celcius. Sangat menggerunkan. Maka, ada baiknya aku meninggalkan kota Moscow ketika winter break ini sementara masih ada peluang. 




Apakah destinasi kali ini? Sekadar 5 negara sahaja, yakni Switzerland, Portugal, Spain, Sweden dan Latvia. Di Switzerland, destinasi pilihan adalah Zurich, Interlaken (bandar kecil di mana menjadi titik mula untuk pendakian ke pergunungan Alps) dan Geneva. Dari Geneva, aku bertolak ke Lisbon; ibukota bagi negara Portugal. Selesai dengan Lisbon, berlepas pula ke Madrid; ibukota negara Sepanyol. Dan dari situ, beberapa kota akan dilawati seperti Seville, Cordova dan Granada. Destinasi terakhir di Sepanyol adalah Barcelona.

Dari Barcelona, berlepas pula ke negara ikon IKEA, yakni Sweden. Lebih spesifik, ke ibukota Sweden - Stockholm. Dan selesai di Stockholm, berlepas pula ke Riga, ibukota negara Latvia, salah satu daripada 3 negara di kawasan laut Baltik. Dan kemudiannya, kami bertolak pulang ke Moscow. Maka tamatlah rancangan percutian 23 hari aku sempena cuti musim sejuk ini. Harap-haraplah tiada sebarang perubahan pada jadual akademik aku sekarang. Kalau tidak, terbakar habislah tiket-tiket aku semua tu. :(

Monday, April 19, 2010

Summer in Singapore!


Sempena cuti musim panas ini, aku akan bercuti ke Singapura bersama keluarga. Sampai ke Malaysia pada 1 Ogos, dan berkunjung ke Singapura pada 5 hingga 8 Ogos 2010. Kepada sesiapa yang arif dan streetwise pasal Singapura, di mana ye hotel yang paling best untuk menginap? Tak terlalu mahal, di pusat bandar, dekat dengan stesen MRT, senang untuk dapatkan restoran halal. Antara kawasan Clark Quay, Orchard Road dan Bugis/Arab Street, mana satu yang lebih menepati kriteria-kriteria di atas? Terima kasih! :)

Sunday, April 11, 2010

I Don't Believe In Miracles - Superhero


Sekali-sekala mahu juga berhiburkan. Apa kata kita dengarkan lagu yang agak baru dari Alexander Rybak, juara Eurovision Song Contest 2009 yang berjudul I Don't Believe In Miracles - Superhero, tapi dalam bahasa Rusia ye. hehe. Takkan nak dengar lagu Melayu dan Inggeris saja sepanjang masa. Ubahlah selera sekali-sekala. Lagu ini menjadi OST untuk sebuah filem fiksyen yang sangat best di Russia iaitu Black Lightning (Chernaya Molniya dalam bahasa Rusia). Dengarkanlah sambil menikmati suasana Rusia ketika di musim sejuk. *sekarang sudah musim bunga di Moscow*


LYRICS:
I will become a black lightning for you,
(chyornoy molniey ya stany dlya tebya)
a black lightning on the rain's line
(chyornoy molniey na linii dozhdya)
and let the calendar's sheets burn
(y pyskay goryat listky kalendarya)
the evil won't be able to decieve me anymore
(zlo ne smozhet bolshe obmanut menya)


I don't believe in miracles,
(ya ne veryu v chudesa)
but a car flies into the sky
(no letit mashina v nebesa)
and now I'm your superhero (x2)
(y teper ya tvoy supergeroy)


Being white snow
I will glide into your palm
(belym snegom upadu v ladon tvoyu)
and you will know how much I love you
(y uznaesh ty kak ya tebya lyublyu)
and under the sky of January
(y pod nebom yanvarya)

All the flowers on the Earth,
all the words about love I know
will revive only for you
(ozhyvyt lish dlya tebya vse tchvety zemly,
vse slova lyubvy chto znayu ya)


I don't believe in miracles
(ya ne veryu v chudesa)
but a car flies into the sky
(no letit mashina v nebesa)
and now I'm your superhero (x2)
(y teper ya tvoy supergeroy)

Monday, March 29, 2010

Two blasts in Moscow Metro, dozens killed


Source: Russia Today

Two explosions have rocked the Moscow Metro this morning, claiming dozens of dead and injured.

The first explosion happened in a carriage at the central Lubyanka underground station and has claimed the lives of 26 people, with more injured, informs RIA Novosti news agency.

The second blast happened at the Park Kultury Metro station in the third carriage of a train. 15 or more people are reported to be dead, the quantity of injured is unknown.


According to Russia’s Emergency Ministry, the first explosion presumably happened in the second carriage of a Metro train stopped at the Lubyanka station in the very center of Moscow, only several hundred meters from the Kremlin. At 9:30am Moscow Time, the Emergencies Ministry gave the number of casualties as 20 killed and 11 wounded on Lubyanka station and 12 killed and 7 wounded at Park Kultury station.

Rescuers are working at both scenes.

The explosions happened during rush hour. Both Lubyanka and Park Kultury stations are very busy interchange stations, with many people there at any given time, particularly on Monday morning.

It is hard to make any assumptions right now but some reports say the explosions were carried out by suicide bombers.

Meanwhile, all train services have been suspended on the Moscow Metro system for the time being, with security services on high alert.

A criminal investigation into a terrorist act has been initiated.


Alhamdulillah, syukur sebanyak mungkin kerana aku cuma lebih kurang 20 minit ke belakang waktu letupan. Kalau tidak, hmmm... tak tahulah apa yang akan jadi.

Sunday, March 28, 2010

Beraya Di Malaysia


Kawan-kawan sekalian, dengan gembiranya aku umumkan yang pada tahun ini, aku bakal beraya di Malaysia!! Aku dengan "sendirinya" melanjutkan cuti musim panasku selama 12 hari extra dari yang sepatutnya. Walaupun berat hati sebab inilah raya Aidilfitri yang terakhir di kota Moscow, namun apakan daya, sayangku pada keluarga mengatasi segalanya. cheewah! 



Oh, ada sesiapa mahu ikut sertakah? Kalau mahu, jom sama-sama kita naik Etihad Airways pulang ke Moscow pada 11 September 2010 dari Malaysia. Kita sama-sama transit di Abu Dhabi ye. Harga pun murah, cuma lebih kurang 21700 rouble dengan berat bagasi 40 kg. (Etihad sila beri komisen ye untuk promosi ini hehe)  Cuti musim panas tahun ini lebih pendek dari tahun-tahun yang sebelumnya sebab kami di sini perlu menjalani sesi praktikal selama sebulan (Julai). Maka, pada tahun ini, aku pulang ke Malaysia pada 31 Julai, tiba di KL pada 1 Ogos dan bercuti sehingga 11 September (raya kedua) sahaja. Pendek kan?




Friday, March 12, 2010

Ranking SPM 2009


Macam biasalah, aku memang bersungguh kalau masuk bab alma mater. :p Senarai pencapaian SPM untuk MRSM dan SBP sudah ada di blog-blog umum. Maka aku dengan senang hatinya "menangguk di air keruh"  dari beritasemasa.com (terima kasih tuan punya site!) dan mengutuskan senarai tersebut ke blog aku ini.

Sepuluh MRSM terbaik SPM:
  1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak (1.1052)
  2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka (1.1247)
  3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan (1.1911) ---> sekolahku! :)
  4. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka (1.4648) 
  5.  Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu (1.6062)
  6. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak (1.6241)
  7. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu (1.6570)
  8. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah (1.7077)
  9. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat (1.7135)
  10. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis (1.7900)



10 SBP terbaik SPM:

       1. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seremban, Negeri Sembilan

       2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)

       3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur

       4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor

       5. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah, Kuala Lumpur

       6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor

       7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

       8. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang

       9. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor

      10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan (TKC)


Trivia:
  •  Aiihh??? MRSM Langkawi jatuh ke tangga kelapan tahun ini. :p
  •  Kenapalah tidak disertakan dengan mata CGPA seperti tahun-tahun yang lepas. Barulah kita tahu siapa yang terbaik pada hakikatnya. huhuhu :p


Thursday, February 25, 2010

Rapsodi 23


RAPSODI 23

Aku belum cukup balaghah,
dalam bahasa manusia
yang pantas berubah,
meski menginjak
23 hayat syamsiah.

Aku belum tahu diasin garam,
tapi telah ku jumpa segala macam
himpunan manusia berbeda ragam.
Ada yang jujur
tak kurang yg menikam,
ada yang baik hati
ada yang kelam,
jenis pemaaf
dan kaki berkesam,
yang pandir
dan yang berakal tajam,
yang santai
yang suka melaram,
dan bermacam-macam!

Benar orang kata
hidup ini tamsilnya roda,
kejap di atas kejap di bawah.
Umpama aku jua,
tak selalu adanya tawa,
terkadang datang sangkawa.
Tak semesti dihujani rezeki
kerana turut dirundung rugi.
Dan bertingkah-tingkah lagi
baik mahupun keji,
yang datang menimpa diri.

Diri ini juga,
tak terlepas dari cinta dan kecewa.
Hatiku pernah remuk berkecai,
lantas aku kutip
dan cantumkan kembali.
Lantas ku pohonkan kuat,
serta himpunkan semangat.
Janganlah sekali kecewa
perlu seabad berduka.
Perjalanan ini masih lama,
kalau diturut hati yang lara,
aku yang sekarang pasti tiada.


Dan tak terkecuali
dari khilaf dan salah.
Aku kan tak sempurna
sama seperti kamu juga.
Terlanjur kata
tersilap bahasa
terpesong akhlak
dan terlupa adab!
Seakan jadi stereotaip hidup
mustahil ada sifatnya cukup.

Sekilas ku rayu kemaafan,
dan ku titipkan harapan,
moga kita semua terus berkawan,
menyemai kasih sayang
yang kekal berpanjangan.



Happy 23rd Birthday to me!


Salam. Masuk sahaja 25 Februari 2010, usiaku sudahpun menginjak kepada 23 tahun. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi dipanjangkan hayat dan dimurahkan rezeki. Semalam merupakan malam yang cukup menggembirakan kerana ada sambutan hari lahir khas untuk aku. Malas pula rasanya untuk muat naik gambar-gambar ke laman blog ini. Kalau mahu tengok, jenguk sahaja ke laman facebook aku. hehe.

Sempena hari lahir aku ke-23, aku nukilkan sebuah sajak yang berjudul Rapsodi 23. Namun, kadungannya seolah paradoks dengan judul kerana rapsodi sepatutnya berunsur gembira dan riang. Tapi hakikatnya kandungan lebih kepada mood serius. hehehe layan jer! Oh, selamat menyambut Maulidur Rasul juga!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails