headline photo

Saturday, January 31, 2009

Darmawisata VI


ITALY DAN VATICAN CITY

Dari Athens, kami ke Rome dengan khidmat Alitalia. Leonardo da Vinci-Fiumicino Airport memang menyusahkan kami. Kami telah membazir masa hampir 2 jam menunggu beg kami di bahagian tuntutan bagasi. Tak hairanlah airport ini tidak mendapat sebarang bintang dari Skytraxx. KLIA yang lengang tu pun dapat 4 bintang, Moscow Sheremetyvo Airport yang ala kadar (tapi jauh lebih sibuk dari KLIA) tu pun dapat 2 bintang. Sepatutnya kami jumpa Reza di sini, namun tak jumpa2 juga setelah habis kesemua terminal kami tawaf. Akibat sangat letih, maka kami ambil teksi airport sahaja untuk ke pusat bandar supaya kami boleh sampai terus ke muka pintu hotel kami.

Pakcik receptionist hotel kami rupanya seorang india muslim. Katanya, dia memang suka kalau ramai Asians yang datang menginap di situ. Dia akan berikan servis yang terbaik kepada orang-orang Asia. Nasib kami memang baik. Pada asalnya kami tempah private room with shared bathroom, namun kerana kami kan Asians (hehehe), maka diberinya kami bilik peribadi lengkap dengan bilik mandi dan tandas. Breakfast pun dihantar terus ke muka pintu bilik kami. Terima kasih Ali untuk hospitaliti yang cukup cemerlang.

Rome sangatlah meriah. Dari pagi hinggalah ke malam. Tambahan pula, tempat-tempat pelancongannya banyak. Ada Colosseum, Pantheon, Palatine Hill, Trevi Fountain dan banyak lagi. Kalau anda biasa ke Midvalley Megamall KL tu, mesti anda pernah terserempak dengan sebuah mesin tilik nasib berbentuk wajah orang, yang mana kita perlu memasukkan tangan ke dalam mulutnya. Haa, benda tu asalnya dari Rome lah. Nama sebenarnya Bocca della Verita (mulut kebenaran), dan fungsi asalnya bukanlah untuk menilik nasib, namun sekadar penutup lubang longkang sahaja. hahaha. Merasalah kamu semua tertipu dengan mesin Midvalley tu. hehe. Oh di Rome juga, kami berkesempatan untuk turut sama terlibat dalam perarakan secara besar2an peringkat Rome bagi menunjukkan protes terhadap pencabulan hak asasi manusia oleh Israel terhadap Palestin. Memang ramai sungguh orang2 Rome yang turun padang untuk terlibat sama dalam perarakan tersebut.

Vatican City juga turut berada dalam wilayah Rome. Vatican ni merupakan sebuah wilayah berdaulat (boleh dikatakan negaralah kot) yang terkecil di dunia samada dari segi populasi dan saiz cakupan wilayah tersebut. Hmm, kampung aku besar lagi rasanya. Sewaktu kami ke sana tempoh hari, kami berpeluang untuk melihat Pope Benedict XVI yang sedang menyampaikan ucapannya secara langsung di altar St. Peter's Basilica. Pope merupakan ketua Gereja Katolik Rome dan ketua negara Vatican City. Kalau ke Vatican City, jangan lupa untuk ke Vatican Museum untuk melihat frescoes di dalam Sistine Chapel hasil lukisan Michelangelo Buonarroti yang sememangnya cukup masyhur.

Dari Rome, kami ke Florence dengan menaiki regional train. Sampai hati pakcik peniaga tiket ni tak mempromosikan pakej Amica Eurostar. Terpaksalah kami menggunakan khidmat regional train yang lembab tu. Nasib baik dari Florence ke Venice dan Venice ke Milan kami dapat beli pakej Amica Eurostar, selesa akhirnya perjalanan kami.hehe.

Ya Allah, Florence memang tak seronok! Bosan sungguh! 3 malam pula tu kami di sana. Kepada sesiapa yang merancang untuk ke Italy selepas ini, ambil sehari sahaja untuk melawat Florence dan Pisa kerana kedua2 bandar ini memang suram lebih2 lagi winter. Kalau anda seorang ahli sejarah ke, anthropologist ke, haaa sila2kan lah ke sana. Memang banyak pun tempat-tempat bersejarah di sana. Tumpuan di bandar Pisa cumalah Miracle Square yang menempatkan menara condong Pisa. Namun, aku harus berterima kasih kepada bandar Florence kerana di sanalah aku beli beberapa barang yang aku betul2 kehendaki sejak sekian lama. hehehe.

Yahuuu gembira sungguh dapat berambus dari Florence. Tambahan pula, dapat naik Eurostar yang sungguh selesa tu untuk ke Venice dengan harga yang murah. Pemandangan Venice sungguh cantik, namun bau terusan2 Venice tidak beberapa "nyaman". Lebih-lebih lagi kalau bau-bauan ini menjelma ketika kami sedang enak menjamu sarapan di hotel kami. Hilang dalam sekelip mata segala selera kami. Inikah Venice yang diwar-warkan sebagai bandar romantik. Bandar bau kumbahan adalah. Tapi kami amat berpuas hati dengan perjalanan aktiviti kami di sana. Lebih-lebih dapat naik gondola pada waktu pagi yang cukup nyaman, dan air ketika itu kurang berbau.

Milan menjadi destinasi terakhir kami di Itali. Hmm, macam best kan bila dengar nama Milan ni. Macam semua orang2 di sana cantik bergaya setanding dengan propaganda Milan sebagai kota fesyen. Namun jangkaanku sama sekali meleset. cett. Macam biasa saja Milan ni. Tiada apa2 x-factor pun. Maka kesimpulannya, kalau nak jalan2 ke Itali, pergilah ke Rome dan Venice sahaja. Pisa? ermm pergilah sebab nanti takut mengidamlah pula tak dapat tengok menara condong tu.

Untuk pulang ke Moscow, kami terpaksa transit di Cologne selama 12 jam. Bayangkanlah pengalaman tidur di airport selama berjam-jam. Seksa tau! Baiklah, tamat sudah eurotrip kali ini. Silalah menjamu mata anda dengan 2 video di bawah.


Rome & Vatican City




Pisa, Florence, Venice, Milan.
Video ini sangat panjang. Harap tidak membosankan. hehe.




p/s: Nilai ringgit berbanding roubles sekarang sangat menyenangkan hati. RM1=Rub 9.9. hehe, minta2lah makin mahal lagi ringgit selepas ini. Seronoknya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails